Khamis, 1 November 2012

Risalah Tahliliyyah - [1] Hadhrat Mujaddid Alf Tsani



Risalah Tahliliyyah

HADHRAT IMAM RABBANI GHAUTS SAMADANI MUJADDID ALF TSANI
KHWAJAH KHWAJAGAN PIRAN PIR DASTAGIR SHAIKH AHMAD FARUQI SIRHINDI
MUJADDIDI NAQSHBANDI QADIRI CHISHTI QADDASALLAHU ASRARAHU 

Terjemahan Melayu:
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin Fani
Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani
Naqshabandi Mujaddidi Khalidi Haqqani Uwaisi ‘Afa Allahu ‘Anhu

Naqshbandi Akademi Quran Sunnah Hadits
1433 H/ 2012 M

Alhamdu Lillahi Rabbil 'Alamin, Wal-'Aaqibatu Lil-Muttaqin, Wassolatu Wassalamu 'Ala Rasulihi Muhammadin Wa Aalihi Wa Ashabihi Ajma'in. Amma Ba’d;


Risalah ini dituliskan pada Tahqiq Kalimah Sharifah:

"La Ilaha Illa Allahu Muhammadur Rasul Allah"



Perbahasan berkenaan Taqdir "Khabar La"

Soal:
Jika anda berkata bahawa sebelum "Khabar La" perlu ada Taqdir baginya, maka ibaratnya akan menjadi "La Ilaha Maujudun Illa Allah", yang mana tiada memberi faedah kepada 'Adam Imkan yakni ketiadaan mungkin bagi Ma'bud yang lain. Jika ibaratnya bererti "La Ilaha Mumkin Illa Allah", maka ini tidak menunjukkan dalil atas "Wujud Mustsanna", oleh itu kedua-duanya adalah batil.

Jawab:
Kami berkata bahawa kita memilih rupa yang awal sebagaimana yang masyhur pada Taqdir bagi "Khabar La" dan natijah yang salah berkenaannya ditetapkan sebagai batil, kerana keadaan Maujud bagi sebarang tuhan yang lain adalah tidak mungkin dan adalah amat perlu kita mengambil 'Aqidah ini, akan tetapi tidaklah lazim bahawa Kalimah Tauhid menunjukkan atas segala perkara yang sebegini, walaubagaimanapun yang diperbolehkan adalah mencukupi atas dirinya bahawa selain Allah tiada sebarang Ma'bud yang disembah, inilah yang merupakan maksudnya dan perkara ini sangat penting pada tuntutan ini.

Soal:
Jika anda berkata bahawa menurut lidah perkataan Banu Tamim bahawa mentsabitkan "Khabar" kepada "La" adalah tidak perlu kerana bahawa ianya telah Manqul dinukilkan oleh Ibni Hajib, bahawa beliau tidak mahu menerima "Khabar" baginya.

Jawab:
Kami berkata bahawa perkara ini adalah Ghair Mu'tamad yakni tidak muktamad di sisi Para Muhaqqiqin, sehinggakan bahawa Andalusi telah berkata, "La Adri Min Aina Naqalahu Wa La'alla Maqalatahu", yang bererti daku tidak tahu bahawa dari mana dinukilkan kenyataan ini, boleh jadi ini adalah kias perkataannya. Yang sebenarnya adalah bahawa Banu Tamim pada waktu ini meninggalkannya apabila ini menjadi jawab kepada sesuatu soalan dan apabila ianya menunjukkan Dalalat ke atas sesuatu Qarinah. Apabila tiada terdapat sebarang Qarinah maka berkhilafan terhadapnya adalah tidak boleh secara Qat'i, kemudian dalam rupa keadaan ini maka sama sekali tidak boleh apabila tiada dalil pun yang menunjukkan atas perkara ini. Wallahu A'lam dan Allah adalah yang Paling Maha Mengetahui.


Pada Tahqiq Lafaz "Allah" Terdapat Rahsia Yang Menghairankan Akal

As-Sayyid As-Sanad Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Hawashi huraian-huraian hashiyah Al-Kashshaf, bahawa sebagaimana Para 'Uqala yakni orang-orang yang berakal telah menjadi kehairanan dengan keagungan Zat dan Sifat Allah Ta'ala dan kedaulatan cahaya-cahaya Anwar Jabarut, demikian juga mereka telah menjadi kehairanan pada lafaz "Allah". Seolah-olah pada sudut ini juga terdapat biasan menurut cahaya-cahaya Anwar bahawa terdapat kebaikan pada pandangan mata hati Para Mustabsirin yakni orang-orang yang Ahli Basirah.

Adapun terdapat ikhtilaf perselisihan pendapat dalam perkara ini bahawa lafaz "Allah" adalah bahasa 'Abari atau 'Arabi? Adakah ianya Isim kata nama atau kata sifat? Adakah ianya Mushtaq yang terbit dari sesuatu asal ataupun Ghair Mushtaq? Adakah ianya 'Alam yakni alamat yang menunjukkan kepada sesuatu ataupun Ghair 'Alam? Berkenaan perkara ini terdapat banyak Aqwal perkataan.

Qaul Pertama:
Adalah dikatakan bahawa asal baginya adalah "Ilah", huruf Hamzah adalah Mahzuf yakni dihazafkan atau dilenyapkan, tempatnya digantikan dengan huruf Alif Lam, kerana itulah telah diputuskan bahawa diucapkan sebagai "Ya Allah". Jika anda menyedari bahawa kenapakah pada rupa keadaan Nida membuat seruan, huruf Hamzah akan menjadi Qat'i dan pada rupa keadaan yang lain ianya dalam keadaan asli? Kami katakan bahawa pada rupa keadaan Nida membuat seruan, huruf Hamzah adalah Qat'i sebagai gantian bagi Alif Lam Ma'rifah dan pada rupa keadaan yang lain, mafhum yang difahami ini adalah sama sekali tidak terkeluar darinya, oleh kerana itu pada sudut makna ianya akan menjadi Ma'rifah iaitu sangat mengetahui. Lafaz "Allah" adalah dikhususkan dengan Al-Haqq Ma'bud, kerana "Al-Ilaah" pada asalnya dikatakan kepada setiap Ma'bud yang disembah sama ada ianya Haqq atau Batil, kemudian secara ghalibnya dikatakan untuk Ma'bud yang ber-Haqq

Qaul Kedua:
Dan dikatakan bahawa asalnya adalah "Al-Ilaah", bahawa huruf Hamzah oleh kerana ianya Tsaqalat iaitu berat untuk diucapkan, maka ianya Mahzuf dihazafkan dan huruf Lam adalah termasuk padanya.

Qaul Ketiga:
Dan dikatakan bahawa asalnya adalah "Alahiyyah" dan "Aluhiyyah" dan "Uluhiyyah" yakni "'Abada" dengan makna "Ta'abbada" dan "Ta-allaha" dan "Asta-alahu" juga adalah Mushtaq daripadanya, yang bermakna bahawa dia telah melakukan ibadat.

Qaul Keempat:
Dan adalah dikatakan bahawa ianya terbit daripada "Aliha", apabila hairan mula datang seolah-olah akal fikiran menjadi kehairanan dalam Ma'rifatNya atau "Alhitu Ila Fulan" yang bermaksud bahawa mendapat ketenangan daripada pihaknya. Maka, tidak syak lagi bahawa Para Arwah mengambil jalan ketenangan daripada Ma'rifat mengenaliNya.

Qaul Kelima:
Dan dikatakan bahawa lafaz tersebut adalah Isism 'Alam bagi Zat Makhsusah yang dikhususkan, sebagaimana Isim Jamid yang mana tiada sebarang Ishtiqaq baginya bahawa ianya ditausifkan dengan pensifatan, tiada Ta'arif baginya. Maka adalah perlu bahawa ianya adalah suatu Isim katanama yang agung yang mana sifat-sifat kesempurnaannya dapat dikenali, bahawa untuk mengitlaqkan sebarang lafaz yang lain ke atasnya adalah tidak sahih dan tidak benar. Jika ianya dianggap sebagai sifat maka qaul perkataan "La Ilaha Illa Allah" tidak memberikan pengertian Tauhid sepertimana bahawa bukanlah "La Ilaha Illa Ar-Rahman" kerana bahawa syirik adalah tidak tertahan darinya.

Perkara ini adalah tempat yang perlu diberikan pemerhatian bahawa dengan segala dalil-dalil yang dinyatakan tidaklah menunjukkan ke atas tsabitnya perkara yang dituntut kerana dalil yang pertama adalah dalalat yang menunjukkan atas "Nafi" dan "Sifat", bukannya atas tsabitnya perkara tanda 'Alamiyyah. Apabila nama-nama bagi jenis-jenis dan sesuatu lafaz adalah sama. Dan dalil kedua tidak menunjukkan dalalat atas tsabitnya perkara 'Alamiyyah sebagaimana ianya adalah tidak tersembunyi. Dan dalil yang ketiga adalah tidak benar kerana ini mungkin daripada hal keadaan  "Ausaf Ghalibah" yakni sifat-sifat yang menguasai yang mana tidak dipergunakan untuk yang lain dan menahan dari sebarang pensyarikatan dengan yang lain. Akan tetapi kewujudanNya pun tidak dapat diketahui dan "La Ilaha Illa Ar-Rahman" kenapa pula ia tidak memberi faedah bagi Tauhid? Lafaz Rahman secara mutlak juga tidak digunakan ke atas sesuatu yang selain Tuhan, dan selain dari Tuhan tiada sesiapa pun yang ditakrifkan dengan lafaz tersebut. Ini adalah sebagaimana 'Ilmu yang dapat menghentikan Syirik, sepertimana yang sedang kamu lihat, oleh kerana itu hendaklah difikirkan berkenaan perkara ini.

Menurut Hadhrat Qadhzi Baidhzawi Rahmatullah 'Alaih bahawa bagi Zat Makhsusah yakni yang dikhususkan bahawa 'Ilmu adalah tertahan. ZatNya adalah sesuatu yang Haqiqi dari sebarang iktibar dan jauh mengatasi segala akal pemikiran insan. Oleh kerana itu, hanya dengan satu lafaz bagi menunjukkan dalalat ke  atasNya adalah tidak mungkin. Perkara ini juga perlu diberikan pemerhatian kerana wajah keadaan ini tidak dapat diterima. Bahawa yang menetapkan lafaz "Allah" ini adalah DiriNya sendiri Subhanahu Wa Ta'ala sepertimana yang ianya tidak tersembunyi.

Jika anda berkata, tiada syak bahawa untuk mendapatkan 'Ilmu pengetahuan tentang sesuatu terdapat suatu cara tariqah untuk menghasilkannya, maka daripada 'Ilmu pengetahuan tersebut akan ada kelainan dari apa yang dapat dihasilkan menerusi cara tariqah atau kaedah yang lain. Qaul perkataan ini adalah pendapat kebanyakan Para 'Ulama Mukhtar yang terpilih. Seterusnya yang Jaiz dibolehkan adalah begini bahawa "Zat Musyakhkhasah" yakni Zat yang disyakhsiahkan, hendaklah diketahui walau dengan apa jua cara sekalipun sebagaimana bahawa Wajib Biz-Zat dan Ma'bud Bil-Haqq. Lafaz Allah itu adalah ditetapkan bagi "Zat Ma'lumah" yakni zat yang dapat diketahui kerana lafaz ini adalah menunjukkan dalalat ke atas DiriNya.
Kami berkata bahawa pada kedudukan ini oleh kerana kekhususan Khususiyat Zat, 'Ilmu pengetahuan adalah perlu bahawa lafaz itu adalah Mani' Syirik yakni yang menghalang kesyirikan. Jikalau tidak, 'Ilmu pengetahuan yang umum tentang sesuatu dan Mafhum Kulli yakni kefahaman yang menyeluruh adalah tidak mencukupi bagi tuntutan ini. Pada kedudukan ini memerlukan Taammul bahawa ini adalah permasaalahan yang rumit. Wallahul Musta'an dan pada Allahlah memohon pertolongan.


Kehalusan Lataif yang ajaib dalam lafaz Jalalat “Allah”

Sebahagian Para Muhaqqiqin telah menyatakan berkenaan kehalusan-kehalusan Lataif bagi lafaz "Allah", jika ianya tidak dilafazkan dengan huruf Hamzah, yakni menjadi "Lillah", maka terdapat juga makna dengan lafaz tersebut. "Lillahi Junudus Samawati Wal Ardhz" yang bermaksud bahawa, adalah bagi Allahlah laskar-laskar di langit-langit tinggi dan di bumi. Jika baki huruf Lam digugurkan, maka yang baki adalah huruf Ha Madhzmumah iaitu yang berbaris Dhammah yang mana muncul daripada "Huwa", maka ianya juga terdapat makna. "La Ilaha Illa Huwa", pada Huwa huruf Waw adalah huruf Zaidah yakni sebagai huruf tambahan. Dengan menggugurkan huruf Waw, kata gantidiri Dhamir "Huma" dan "Hum" diketepikan. Hendaklah memerhatikan perkara ini sebagaimana yang ianya tiada tersembunyi bagi mereka yang mempelajari bahasa 'Arab walau di peringkat yang rendah.

Kini yang tinggal adalah menurut perhitungan makna, bahawa ketika anda memanggilNya dengan lafaz "Allah", maka ianya adalah sepertimana anda memanggilNya dengan sekelian Sifat, berkhilafan dengan sekelian Asma nama-namaNya yang lain. Kerana itu, hanya dengan lafaz ini sahaja memberikan penyaksian Syahadat bagi Kalimah adalah lebih benar.