Ahad, 14 April 2013

Tariqat Tasawwuf dan Syari'at Menurut Hadhrat Mujaddid Millat Hakimul Ummat Maulana Ashraf Ali Thanwi Quddisa Sirruhu


 TARIQAT TASAWWUF MENURUT SYARI'AT

Tariqah dan Tasawwuf telah disalah-ertikan secara meluas dan telah dipersembahkan secara salah. Di Barat ianya dianggap sebagai ajaran yang terbit daripada amalan penafian diri dan ajaran Kristian. Di Timur ianya dianggap sebagai ajaran yang terbit daripada ajaran Jogi Hindu. Haqiqat yang sebenar bahawa ianya terbit daripada ajaran Al-Quran dan Hadits tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Ini adalah tugas yang telah dilaksanakan oleh Hadhrat Mujaddid Millat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullah 'Alaih, seorang pembaik-pulih dalam bidang Tasawwuf yang terhebat dalam sejarah Islam. Kebanyakan karya penulisannya adalah dalam bahasa Urdu dan kerja-kerja yang telah dilakukan perlu disebarkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Inggeris, Arab, Melayu dan lain-lain. Ini adalah suatu usaha yang tidak seberapa untuk membawa ajaran Tasawwuf yang benar buat pertama kalinya dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan ianya dapat digunakan oleh semua orang-orang yang berkehendak.

Kitab ini adalah berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Hadhrat Mujaddid Millat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullah 'Alaih dalam bidang Tasawwuf dan Suluk yang mana merupakan pusat pembaharuan dan pemulihan yang khusus. Ceramah-ceramahnya, Malfuzatnya dan banyak penerbitannya telah memaparkan haqiqat sebenar dan kepentingan Tariqat. Seseorang yang menuruti Tariqat hendaklah mematuhi arahan-arahan. Takrif pengenalan berkenaan Tariqat telah dipermudahkan dan Ahwal yang tersembunyi telah diperjelaskan. Akhlaq yang baik dan buruk diperbincangkan dan untuk mencapainya dan pertahanan serta penyembuhannya telah dipersembahkan. Bagi Para Salikin yang menempuh Suluk untuk memperbaiki Akhlaq kelakuan moral dan Tazkiyah Nafs yakni penyucian hawa nafsu, prinsip-prinsip telah dibina berdasarkan Al-Quran dan Hadits.

Sumber bagi kitab ini adalah berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Hadhrat Maulana Thanwi Rahmatullah 'Alaih dalam bahasa Urdu seperti Nashrut-Tib, At-Takashuf, Bawadirul Nawadir, Al-Badayeh, Ashrafus Sawanih, Ifadata Yaumiyah, Kamalat Ashrafiyah, Tarbiyatus Salik, Ashraful Masail, Masailus Suluk, Anfas Isa dan kitab Basair Hakimul Ummah oleh Hadhrat Maulana Abdul Hayy dan Syari'at Wa Tariqat oleh Hadhrat Maulawi Muhammad Din.

*******

Menurut kenyataan Hadhrat Maulana Sulaiman Nadwi Rahmatullah 'Alaih berkata, Hadhrat Maulana Thanwi adalah seorang dari 'Alim 'Ulama yang tinggi ilmunya, seorang yang mengetahui seluruh kandungan Al-Quran dengan hatinya, seorang Qari yang baik bacaan Al-Qurannya, seorang Professor, seorang pentafsir Al-Quran dan seorang Syaikhul Hadits, seorang Faqih, seorang penceramah, seorang Sufi, seorang yang dapat menyelesaikan masaalahnya, seorang pentadbir, seorang penerbit, seorang tokoh kesusasteraan dan seorang Syaikh Tariqat, dan beliau telah menggunakan seluruh keupayaannya untuk melakukan pembaharuan dna pembaik-pulihan dalam bidang Tasawwuf. Kelayakannya dalam pendidikan dan pengamalan telah diberikan kepadanya untuk kesempurnaan. Tasawwuf yang pada masa itu telah dipenuhi dengan perkara Bida'ah dan telah digerakkan oleh orang-orang yang Ahli Dunia. Ianya telah dibataskan bagi sebahagian idea pemikiran falsafah dan idea-idea Wahdat Wujud dan Wahdat Syuhud yang tidak dapat difahami. Tasawwuf telah dipenuhi dengan berbagai perkara Bida'ah. Syari'at dan Tariqat telah dianggap sebagai dua khemah yang berlainan dengan cubaan untuk menafikan antara satu dengan yang lain. Para Sufi yang umum telah berpegang dengan beberapa kenyataan dan beberapa prinsip dan amalan Bida'ah yang telah dianggapkan sebagai Tariqat.

Keluarga Para Sufi dan singgahsana keturunannya telah memberikan contoh yang buruk terhadap Rahmat dan kurniaan Allah. Khanqah hanya mengendalikan sambutan Urs dan membacakan Al-Fatihah dan menyanyikan lagu-lagu, tarian-tarian dan Qawwali. Pada hari-hari yang tertentu sebahagian orang akan membacakan Al-Fatihah dan memakan manisan dan menjerit Hu Haqq kepada seorang penyayi dan syair-syair berkenaan Wahdat Wujud dibacakan dan dijeritkan terhadapnya. Terdapat beberapa rahasia yang diulang-ulang tanpa diketahui maksudnya dan tanpa diamalkannya. Kepercayaan 'Aqidah Islam yang sebenar, 'Ibadat dengan cara yang betul, menghidupkan amalan Sunnah dan kebajikan, hak-hak Islam dan tanggungjawabnya sedang lenyap dari berbagai arah. Para 'Ulama yang Zahir jahil berkenaan perkara yang Batin dan dengan demikian mereka tidak didengari oleh Para Sufi.

Tidak boleh kita katakan bahawa Para 'Ulama Haqq dan Para Sufi yang sebenar tidak wujud sama sekali. Pada tempat-tempat yang tertentu, limpahan rahmat mereka adalah begitu jelas sebagaimana jelasnya ajaran-ajaran mereka tetapi ini adalah untuk orang-orang tertentu yang khusus terpelajar dan terlatih, namun Tasawwuf tidak ditampilkan dalam bentuk penulisan kitab atau kajian atas permasalahan yang timbul atau keterangan-keterangan yang dapat dibandingkan dengan kenyataan Al-Quran dan Sunnah atau ajaran-ajaran yang dibandingkan dengan Para Awliya yang tulin. Tiada sebarang usaha untuk mengalihkan kesalahfahaman atau salah dalam memberikan pengajaran dalam pendidikan Para Sufi, dan tiada sebarang institusi yang menyediakan latihan kepada para pelajar untuk menghindarkan segala kesukaran dalam bidang Tasawwuf. Juga tiada suatu kerusi ceramah di mana Fiqh, Tafsir dan Hadits diajarkan secara bersama-sama dengan penyembuhan penyakit-penyakit hati yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadits, juga tiada sesiapa pun yang mengatakan bahawa Allah telah berfirman dan Hadhrat Baginda Nabi telah bersabda pada sebelah tangannya manakala melaksanakan khidmat dan menuruti Sunnah pada sebelah tangannya yang lain. Daripada tiang rukun Solat, Puasa Zakat, Haji dan sebagainya serta Haqiqat pekerjaan Qalb dan Ruh diperkhabarkan. Allah Ta'ala telah melantik Hadhrat Mujaddid Millat Maulana Ashraf Ali Thanwi Sahib Rahmatullah 'Alaih untuk tugas ini dan telah mengambil daripada beliau kerja ini yang telah lama ditinggalkan tanpa dilaksanakan selama berkurun-kurun.

*******

Institusi Khanqah beliau telah menjadi sebuah organisasi masyhur ke seluruh dunia yang seterusnya telah menjadi sebuah Universiti yang menawarkan pengajian Islam di mana permasalahan rumit diselesaikan dan di mana Al-Quran dan Hadits diajarkan dan latihan amali berkenaan akhlak dan tingkahlaku juga diberikan. Institusi ini telah menjadi Darul Ifta di mana masalah Fiqah terkini diselesaikan dan latihan diberikan untuk peningkatan Ruhaniah, penyucian diri dan sikap. Dari sini, antara yang menjadi graduan adalah Para 'Ulama dan Para Masyaikh Tariqat. Tempoh masa beliau memberikan ceramah dan khutbah adalah selama empat puluh tahun.

Terdapat dua musuh utama Islam dan oleh kerana pemerintahan Inggeris, falsafah, tamadun kebudayaan dan cara hidup Barat telah merebak dengan pantas. Lingkungan perniagaan dan keusahawanan, lingkungan kerajaan dan pemerintahan dan lingkungan orang awam telah dipengaruhi oleh mereka. Sebagai natijah kerana mengabaikan pendidikan Agama Islam di kalangan orang Muslim, cara hidup yang bebar mulai menular di kalangan mereka. Secara umumnya, kehebatan Islam telah terhapus daripada hati mereka. Pencapaian Duniawi oleh Barat dalam budaya dan tamadun telah mempengaruhi mereka dan telah membawa mereka semakin dekat kepada kejahilan terhadap Agama mereka, bahkan menganggap Agama adalah penghalang untuk mencapai kemajuan. Fikiran terbuka para pendokong Barat merasakan bahawa pada hari ini dan zaman ini adalah mustahil untuk mengamalkan Syari'at Islam, khasnya dalam cara hidup dan akhlak moral.

Inilah antara musuh Islam yang utama yang telah ditentang oleh Hadhrat Mujaddid Thanwi Rahmatullah 'Alaih dengan menyebarkan idea-idea pemikirannya dengan penuh semangat, telah menyampaikan ceramah-ceramahnya yang kemudian telah diterbitkan dan beliau telah menulis banyak kitab-kitab seperti Bahisti Zewar, Intibahat Mufidah, Furu'ul Iman, Islahul Khayal, Hayatul Muslimin, Adabul Mu'asyarat, Islami Haqiqi, Mahasin Islam, Da'watul Haqq dan banyak lagi. Sumbangan beliau telah membawa suatu revolusi di kalangan Umat Muslimin dan mereka telah menerima kembali ajaran-ajaran Islam. Di kalangan orang-orang yang berpendidikan Inggeris seperti Para Pakim, Para Peguam, Para Majistret dan ramai lagi telah menerima ajaran-ajaran Hadhrat Mujaddid Millat dan sebahagian karangannya telah dijadikan sebagai Majazi Suhbat. Adalah telah dibuktikan bahawa dalam apa jua bidang kehidupan, seorang Muslim boleh menjadi seorang yang beragama.

Satu lagi musuh Islam yang begitu membimbangkan Hadhrat Mujaddid Thanwi Rahmatullah 'Alaih adalah hal keadaan Tasawwuf yang telah diasingkan daripada Al-Quran dan Sunnah dan berdasarkan amalan yang bukan Islami dalam mana ramai orang awam yang berfikiran Agama telah terlibat dengan secara buruknya. Sebagaimana dinyatakan di dalam kitab ini, beliau telah menghidupkan kembali Tasawwuf atas kefahaman Al-Quran dan Sunnah dan telah menjadikan ianya sebagai suatu bahagian yang penting daripada ajaran Agama. Seluruh lima cabangan Syari'at telah kembali dihidupkan.

*************
ADAB BAI'AT KERUHANIAN

Pada zaman dan hari ini, untuk menyempurnakan akhlak dan penyucian jiwa terdapat pembaharuan dalam pengajaran dan latihan Riyadhah. Menurut Quran dan Sunnah bagi Para Penuntut jalan Tariqat, pengajaran dan latihan Riyadhah adalah sesuatu yang perlu bagi setiap kategori penuntut untuk berjaya dalam tempoh yang singkat.

Allah telah menganugerahkan kepada Hadhrat Mujaddid Thanwi suatu pandangan Basirah dalam melihat kepada permasalahan Suluk yang beliau pernah berkata bahawa dengan Rahmat Allah, daku telah diberitahu suatu rawatan yang mudah dan ilmu pengetahuan ke dalam batin penyakit yang tersembunyi yang daku tidak melakukan kesilapan dan apa sahaja yang telah ditetapkan adalah benar dan berguna. Semuanya ini adalah kerana doa Guruku Hadhrat Haji Imdadullah Sahib Rahmatullah 'Alaih. Daku telah memberikan sepenuh tumpuan terhadap membaikpulih akhlak tingkahlaku. Apabila akhlak adalah baik, maka amalan akan menjadi baik dengan sendirinya. Hadhrat Mujaddid telah berkata bahawa Azkar mengingati Allah adalah berguna dan hebat tetapi kemiskinan akhlak dan amalan kebajikan adalah hijab yang menghalang tersebarnya pengaruh-pengaruhnya di dalam jiwa. Jika akhlak dan amalan kebajikan adalah tidak baik, ingatan terhadap Allah akan ada kesan yang kecil. Beliau mengatakan, seseorang yang mengingati Allah dan daku menghargai perkara ini adalah apabila akhaknya dan amalan kebajikannya adalah baik.

Mengingati Allah dapat mendatangkan kegembiraan tetapi amalan kebaikan mendatangkan kesakitan terhadap dirimu. Hadapi kesakitan untuk dirimu sendiri tetapi penuhi hak-hak dan tanggungjawab terhadap yang lain. Tiada yang susah dalam dua jam mengingati Allah secara Jihri dengan mengeraskan suara tetapi berhati-hati siang dan malam atas apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan adalah sukar. Tugas Guru Murshid ialah membentuk perasaan terhadap apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan pada diri Murid dan ini adalah tanda sebenar seseorang Syaikh yang berjaya. Beliau berkata, "Daku memberikan lebih tumpuan terhadap akhlak dan keagamaan dari pengajaran. Daku tidak begitu memandang jika seseorang tidak bersembahyang dengan berjemaah, mungkin dia ada sesuatu alasan tetapi sesuatu yang tidak berakhlak atau tidak teratur atau punca yang menimbulkan masalah amat merunsingkan daku." (Ashrafus Sawanih)

1. Sifat Tasawwuf adalah Ilmu berserta Amalan

Bagi kami, sifat Tasawwuf adalah ilmu pengetahuan dengan amal perbuatan dan kebajikan yang telah diajarkan oleh Hadhrat Baginda Nabi dan berada di bawah kawalan Salik, apa yang selebihnya adalah perkara tambahan. Jika mereka dikurniakan sesuatu dan Syaikh mengkhabarkan sesuatu limpahan, seterusnya bersyukurlah kepada Allah kerana kekurniaan tersebut atau jika tidak diberikan atau hilang sesudah diberikan maka janganlah bimbang atas mendapatkannya semula atau atas kehilangannya kerana ini tidak dibenarkan dalam Jalan Allah, hanya lupakan sahaja berkenaannya.

Semua situasi keadaan hendaklah dibertahu kepada Syaikh Guru Murshid. Jangan bertindak menurut dorongan hati, mimpi atau perasaan kerana ianya tidak dibenarkan. Syaikh akan menentukan sesuatu haluan amal yang berkaitan dengan perintah dan larangan tetapi yang selebihnya bukanlah menjadi tanggungjawabnya. Justeru dalam perjalanan Tariqat, Salik tidak sepatutnya bertanya atau menunggu untuk sesuatu yang lain. Demikian juga, jika terdapat sesuatu penyakit yang sebenar atau gambaran, luaran atau dalaman, maka ianya bukanlah untuk Syaikh yang menyembuhkan mereka.

Hadhrat Mujaddid telah berkata bahawa selalunya adalah berbahaya untuk melakukan Azkar dan Asyghal yakni kegiatan mengingati Allah sebelum membentuk di dalam diri Salik rasa keperluan untuk mensucikan diri dan melakukan amalan kebaikan, kerana dia mula memikirkan bahawa dia telah mencapai sesuatu, khasnya jika Zikir Azkar tersebut menerbitkan kesan-kesan. Penyucian amal kebajikan dan kebaikan adalah sangat penting dan dengan cara ini dia tidak akan berasa perlu terhadapnya dan terus berada dalam kejahilan.

Para Masyaikh Chishtiyyah yang terdahulu memiliki suatu rutin kebisaan untuk mensucikan amalan kebaikan luaran yang zahir dan dalaman yang batin terlebih dahulu dan seterusnya mengajarkan ingatan terhadap Allah atau Azkar, Para Masyaikh yang terkemudian mengajarkan kedua-duanya bersama dan Hadhrat Mujaddid Thanwi telah mengajarkan penyucian terlebih dahulu dan kemudian Azkar juga diajarkan bersama. Ini adalah melihatkan kepada hal keadaan semasa Salik.

2. Bai'at Keruhanian Yang Agung.

Latihan Hadhrat Mujaddid Thanwi tidak melibatkan kerja keras dan pergelutan usaha tetapi Salik diarahkan untuk hidup gembira dengan kesukaan supaya Cinta Allah akan terbangun yang mana akan membantu dalam Ibadat tetapi tidak datang untuk mendekati dosa-dosa dan mengawal diri kamu selalu dan lakukan sedikit sebanyak Zikir. Makan cukup dan tidur cukur, tetapi jangan bercakap terlalu banyak dan jangan bertemu dengan terlalu ramai orang. Ini adalah pengajara Ruhanian yang agung. Hadhrat Mujaddid selalunya bertemu dengan para pengikutnya dengan kesederhanaan yang ringkas dan kemas. Dia sering melakukan jenaka di dalam majlis pertemuan dengan mereka.

3. Penyembuhan untuk Penyakit Intrinsik semulajadi dan tersembunyi

Ketika memberikan latihan, Hadhrat Mujaddid menjelaskan apa yang berada dalam batas-batas Murid dan juga apa-apa yang melampaui batas-batas Salik. Apabila Murid menampilkan sesuatu kelemahan di hadapan Syaikh, dia biasanya akan bertanya jika ianya berada dalam batas-batas orang tersebut atau melampaui batas-batasnya, kemudian dia akan berkata supaya meninggalkan perkara tersebut dan gunakan had dan keupayaan kamu. Jika orang tersebut berkata melampaui batas-batas maka dia akan menasihatkan supaya melupakan tentang perkara tersebut. Ianya tidak akan membahayakan. Jika jawapannya adalah menyebabkan kesusahan dan kerisauan, maka dia akan berkata bahawa, "Saya bukanlah menghilangkan kerisauan kamu".

Hadhrat Mujaddid sering mengatakan tentang perkara ini yakni dalam batas had dan yang melampaui batas had adalah separuh Suluk atau benar-benar keseluruhan Suluk. Sebenarnya, semua perintah dan larangan dari amalan kebaikan yang zahir dan batin semuanya adalah di dalam batas-batas dirimu dan adalah wajib untuk menghapuskannya atau mengerjakannya sebagaimana keadaannya tetapi perkara-perkara yang lain adalah di luar batas-batas kamu, maka janganlah kamu risau tentangnya. Kefahaman yang sebegini menjadikannya mudah untuk menuruti kesukaran-kesukaran yang terdapat Syari'at dan Tariqat.

4. Maksud Pengisytiharan Bai'at

Pengisytiharan permulaan penerimaan sebagai Murid dan ahli sesebuah Tariqat atau Bai'at adalah amalan kebiasaan di Khanqah dan Hadhrat Mujaddid juga telah menjelaskan sifatnya yang sebenar. Orang ramai beranggapan bahawa apabila tangan tidak diambil dalam tangan seseorang lelaki bererti tiadalah Bai'at. Jika dikatakan bahawa, "Saya akan mengajar dan melatih kamu dan membentuk pembaharuan pada diri kamu, maka ini adalah sifat Bai'at tetapi tiada sesiapa yang bersetuju padanya.

Pelihara Bai'at sebagaimana ianya tetapi jelaskan dengan lisan sifat sebenar Bai'at dan bahawa mengambil tangan-tangan adalah hanya kelakuan yang zahir. Pilihan yang lain adalah dengan meninggalkan mengambil tangan sepenuhnya. Ini dapat menghindarkan bahaya dan kepercayaan yang melampau. Saya lebih menyukai pilihan yang terakhir. (Ashrafus Sawanih - 2)

5. Pembaharuan Pengamalan

Masyarakat awam memikirkan bahawa Bai'at adalah suatu bahagian keperluan yang mustahak dalam perjalanan Tariqat, maka Hadhrat Mujaddid telah melakukan suatu pembaharuan pengamalan dengan cara ini, jika seseorang bertanya kepada Hadhrat Mujaddid untuk Bai'at maka dia akan bertanya apakah maksud Bai'at sehingga dia memberitahu maksud Bai'at yang sebenar. Dan jika dia tidak menyatakan, maka dia akan terus menanyakan soalan-soalan sehingga dia memberikan suatu jawaban yang betul atau telah bertanya sendiri kepada Hadhrat Mujaddid supaya memberitahukan kepadanya kerana dia tidak mengetahuinya. Hadhrat Mujaddid tidak memberitahu jawabannya ketika permulaan kerana ini tidak melibatkan pemikirannya yang mana tanpanya suatu pengajaran yang kekal tidak dapat dipelajari.

Apabila maksud Bai'at telah diputuskan, Hadhrat Mujaddid akan berkata bahawa ini akan dapat dicapai dengan mengajar dan belajar, dan jika dia berkata untuk membangunkan suatu kesesuaian dan perhubungan khusus dengan Syaikh bagi memudahkan amalan kebaikan. Kemudian dia akan bertanya bukankah perlu bagi Guru Murshid untuk mempunyai saling kesesuaian dengan Murid? Jika dia bersetuju atas perkara ini, Hadhrat Mujaddid akan menganjurkan beberapa perkara sebelum Bai'at seperti melapangkan beberapa masa dengan Syaikh, menuruti kecenderungan fikiran menuliskan surat bagi menyatakan laporan pembaharuan diri setelah beberapa tempoh masa dan sebagainya. Adalah dengan tingkahlaku Murid bahawa Syaikh membangunkan kesesuaian. (Ashrafus Sawanih - 2)

6. Saling Bersesuaian Adalah Prasyarat Bai'at

Bai'at bukanlah perkara biasa dan terdapat juga syarat-syarat untuknya. Jangan terburu-buru dalam Bai'at dan berikan masa untuk mengenali antara satu sama lain. Juga ianya memerlukan masa untuk belajar apa yang diperlukan. Tanpa saling kesesuaian, tiada maksud dalam Bai'at dan kesesuaian ini akan terbina menerusi penulisan yang banyak atau apabila Murid mempelajari maksud dan tujuan Bai'at.

Hadhrat Mujaddid memerhatikan pada penerimaan hatinya di dalam Bai'at dan menolak sesiapa yang tidak diterimanya. (Ashrafus Sawanih)