Memaparkan catatan dengan label mujaddidi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mujaddidi. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mac 2012

Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi

Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi


Lakaran Ringkas Kehidupan Shaykh Ahmad Faruqi






Sheikh Ahmad Sirhindi Mujaddid Alf Tsani yakni seorang pembaharu kebangkitan bagi Milenium kedua, telah dilahirkan pada tahun 971 H/1563 M di Sirhind, Timur Punjab, India. Keturunan keluarganya berkait dengan Hadhrat Amirul Mukminin 'Umar Al-Faruq Khalifah Kedua Islam pada peringkat ke-29 dalam silsilah keturunan secara genealogi. Beliau mempelajari Falsafah, Logik Mantiq dan Sains Tradisional dari bapanya Shaykh 'Abdul Ahad (w.1007 H/1598 M) dan 'Ulama lain masa termasuk Mawlana Kamaluddin Kashmiri, Mawlana Muhammad Yaqub Kashmiri dan Qadhzi Bahlul Badakhshi. Beliau mengambil alih penguasaan dalam disiplin dan sains ini apabila beliau adalah hanya berumur tujuh belas tahun. Beliau tiba di ibu kota Akbarabad pada tahun 998 H/1589 M. Di sini dia telah bertemu dengan dua orang personaliti terkenal Mahkamah Diraja Akbar iaitu Syeikh Abu Al-Fadhzl (w. 1010 H/1601 M) dan saudaranya Syeikh
Abu Al-Faidhz Faidhzi (w. 1004 H/1595 M). Beliau juga membantu Syaeikh Faidhzi dalam pengumpulan Tafsir Sawati' Al-llham iaitu sebuah kitab tafsiran Al-Quran tanpa huruf yang bertitik. Dia telah bersama-sama dengan mereka untuk memanafaatkan masa dengan baik tetapi apabila mereka hanyut dan menyimpang dari norma-norma yang ditentukan Syari'at Perundangan Islam, beliau berpisah dari mereka pada memikirkan risiko terkuburnya cita-cita beliau sendiri untuk masa depan bagi maksud mengangkat kedaulatan dan kemuliaan Islam dalam bentuk asli yang sebenar dan tidak bercela.



Sheikh Ahmad Sirhindi mempunyai kebenaran Ijazat untuk menyebarkan dan mendapatkan pelbagai Nisbat dalam rantaian Silsilah Para Masyaikh terutamanya di dalam Silsilah Chishtiyah diterima dari bapanya Syaikh Abdul Ahad (w. 1007 H/1598 M). Di dalam Silsilah Naqshbandiyah, beliau telah menerimanya daripada Khwajah Muhammad Baqi Billah (w. 1012 H/1603 M) dan di dalam Silsilah Qadiriyah beliau telah menerima daripada Shah Kamal Kathayli, (w. 981 H/1573 M). Khwajah Baqi Billah mengakui dan menghargai pencapaian keruhanian Shaykh Ahmad Sirhindi dan telah menunjukkan kehormatan dan sanjungan ke atas beliau sebagai menepati pencirian seorang Shaykh atau ketua Silsilah itu.



Beliau telah memulakan misi reformasi sosial bagi manfaat rakyat jelata dan diperindahkan lagi dalam menuruti kriteria Syari'at. Semasa pemerintahan Raja Akbar antara tahun 963 H/1556 M sehingga 1014 H/1605 M, untuk mencapai misi, beliau telah bertindak dengan tegas walaupun menimbulkan kemarahan
Mahkamah Diraja. Pemerintahan Maharaja Mughal yang selebihnya adalah tempoh usaha berat Hadhrat Mujaddid dalam mencapai misinya yang besar, tetapi kejayaan sebenar terurai sehingga selepas akhir pemerintahan Akbar dan ia adalah pada zaman pemerintahan Maharaja Jahangir iaitu di sekitar tahun 1014
H/1605 M hingga 1037 H/ 1628 M, bahawa usahanya telah membuahkan hasil. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan menteri-menteri dan orang kenamaan lain Mahkamah Diraja.



Perhubungan akrab dengan para menteri kerajaan dan sebagai seorang tokoh diraja, beliau telah diberikan peluang yang besar dan ianya bukan rahsia tetapi dalam pengetahuan penuh raja, dalam usaha untuk menyebarkan misinya yang menarik sebilangan besar orang awam dan mengekalkan hal ehwal kerajaan.


Beliau telah dijadikan sasaran kemarahan Maharaja Jahangir oleh mereka yang memegang permusuhan terhadap beliau di Mahkamah Diraja. Oleh itu, Maharaja Jahangir telah memenjarakan Hadhrat Mujaddid di Gawalior Fort untuk selama setahun iaitu dari tahun 1028-1029 H. Selepas itu Jahangir berasa malu dan
mengeluarkan Hadhrat Mujaddid serta menganugerahkan kepadanya beberapa hadiah yang berharga. Seterusnya Maharaja Jahangir telah menawarkan beliau untuk berada dalam pengurusan pentadbiran negara bersama-sama dengan menteri-menteri lain dan pegawai-pegawai tinggi Negeri pada tahun 1618-24 H/
1028-34 M . Beliau telah menerima tawaran ini dengan syarat bahawa Shaykh Ahmad mahukan kemudahan dan peluang untuk menjalankan misinya dengan tenang dan jujur dalam menyedarkan rakyat dengan ajaran Islam.



Beliau membawa suatu revolusi dan reformasi yang besar dalam sikap dan tingkah laku rakyat, dan ianya dibentangkan di hadapan mereka dengan ajaran yang asli dan tidak boleh dipertikaikan dalam Agama Ilahi Islam. Ini menyebabkan perubahan luar biasa dalam kehidupan sosial dan peribadi mereka yang menurutinya. Dalam erti kata lain, beliau terbukti menjadi "Mujaddid" iaitu pembangkit sebenar kebangkitan ini atau seorang yang berada di barisan hadapan sebuah revolusi besar yang dibangkitkan semula, yang mana telah dapat membuka jalan untuk kemajuan seterusnya dalam misi menuju Ilahi dengan penuh keamanan dan ketenangan di bumi ini.



Beliau meneruskan usaha untuk penubuhan sebuah negara Islam di India, bukan bersama operasi dengan orang bukan Islam seperti membawa kehadiran atau kemasukan mereka kerana apa-apa dalam kebangkitan semula Islam semata-mata secara eksklusif mungkin menggalakkan mereka di bawah pengaruh beberapa kuasa asing untuk mensabotaj pergerakan. Beliau juga bertungkus lumus berusaha untuk penubuhan Muslim India. Beliau menterjemahkan perkhidmatan yang tidak ternilai dalam bidang Syari'ah Undang-undang Islam dan Tariqat yang merupakan suatu tafsiran kesufian pengamalan Al-Quran dan As-Sunnah, politik, kerajaan, sosial serta pembaharuan ekonomi.



Rakyat secara umumnya telah hanyut jauh dari kehidupan Syari'at serta menganggap baik untuk melakukannya di antara mereka dan telah menjadi mangsa kepada upacara dan ritual yang tidak sesuai dengan Syari'at Islam. Melalui huraian ilmiah Hadhrat Mujaddid serta perbualan dan surat beliau kepada beberapa tokoh negarawan, beliau telah mengubah pemikiran dan kaedah tingkah laku rakyat di India dan membawa mereka berada berkeliling dalam norma Syari'at dan dengan itu beliau telah menunjukkan kepada mereka garis panduan yang betul dan kaedah pembebasan dari kegelapan pelanggaran perintah yang mereka telah jatuh. Jikalau tidak kerana usaha pembebasan yang tepat pada masanya oleh Hadhrat Mujaddid yang agung, mereka akan menjadi mangsa kejahatan dan bertanggungjawab kepada perhitungan yang bersungguh-sungguh bukan sahaja di dunia ini tetapi juga selepas kematian nanti.



Gambaran mengecewakan apabila seseorang hanyut dari jalan yang benar tidak hanya tertumpu kepada orang biasa tetapi lelaki yang mendakwa untuk menjadi Sufi dan orang-orang Salih juga menjadi mangsa keengganan dan buta terhadap amalan adat dan upacara yang dipinjam daripada jiran-jiran bukan Islam dan dengan itu mencemarkan wajah kesaksamaan Islam dan ajaran Ilahi yang telah diturunkan. Orang-orang itu telah diselamatkan dari jalan amalan menipu dan dibawa balik ke landasan asli menuju kesalihan dengan usaha yang berterusan lagi meyakinkan daripada Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi.



Mengenai laluan pemikiran dan kesedaran ideologi Para 'Ulama, keadaan tersebut tidak semuanya memberangsangkan. Terdapat dua konsep berasaskan keluasan kefahaman Wahdat Wujud yakni kesatuan dalam kewujudan dan Wahdat Shuhud yakni kesatuan dalam penyaksian. Kedua-dua konsep tersebut telah bergaul antara satu sama lain dan begitu membingungkan dalam cara dan corak yang mana telah membawa para pesertanya menjadi tidak berhati-hati dalam menempuhi banyak lorong-lorong buta di mana hanya terdapat kegelapan.



Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Sirhindi bukan sahaja membersihkan kekeliruan mengenai hal keadaan ini tetapi juga yakin dengan kebenaran Para Penuntut yang benar, bahawa pembebasan terletak pada pemahaman yang betul dan pematuhan kepada ideologi pemahaman Wahdat Shuhud daripada pemahaman Wahdat Wujud yang bertindak sebagai minuman yang memabukkan kepada pencari diri, manakala bekas Wahdat Shuhud membuka sudut pandangan fikiran untuk menyaksikan dan mengkagumi warna dan kecantikan yang bertaburan di seluruh alam semesta yang luas.



Konsep pemikiran Wahdat Shuhud yang diterjemahkan dan dikemukakan oleh Hadhrat Mujaddid Alf Tsani telah menarik dan mempengaruhi serta mendorong para penyair besar untuk menyatukan asas-asas Falsafah Islam dan berkaitan dengan Ilmu Nafsiyah iaitu pengetahuan tentang Psikologi Kejiwaan Diri dan telah membangkitkan sumbangan pemikiran kepada hakikat yang lebih benar dan lebih kekal terjaga serta usaha yang berterusan untuk kejayaan seruan Ilahi terhadap kemakmuran kemanusiaan secara keseluruhannya.



Dalam bidang politik dan tadbir urus pentadbiran negara yang berdasarkan pada kerakyatan dan bukannya berdasarkan pandangan jauh dan prestasi, wawasan Hadhrat Mujaddid mempunyai suatu kesan negatif pada Maharaja Akbar yang beragama Hindu Islam tampil dengan teori "Satu Negara Satu Agama", yang mana Hadhrat Mujaddid telah menentang konsep tersebut lalu menyokong entiti pemisah Hindu dan Islam yang mahu mewujudkan dua buah entiti negara dan bukannya satu sebagaimana yang dikemukakan oleh Maharaja Akbar. Dalam masa yang singkat 'Teori Dua Negara" menjadi terkenal dan keadaan ini telah membawa kepada pergerakan kebebasan di benua kecil Hindi dan kemunculan muktamad Pakistan pada tahun 1366 H/1947 M sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat. Dalam erti kata bahawa Hadhrat Mujaddid telah memberi dorongan yang segar dan diperbaharui kepada pemikiran untuk mewujudkan entiti kekal yang dapat disamakan sebagai blok Islam dan blok Kufur atau Islam dan bukan Islam merangkap sempadan politik di permukaan bumi. Teori pemikiran ini telah mendapat momentum dan pengembangan pada personaliti yang hebat sesudah beliau seperti Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi (w. 1176 H/1762 M), Hadhrat Ahmad Ridhza Khan Bareilwi (w. 1340 H/1921 M), Dr. Muhammad Iqbal (w. 1357 H/1938 M) dan Muhammad Ali Jinnah (w. 1367 H/1948 M).



Usaha-usaha Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Sirhindi telah membuahkan hasil pada masa Maharaja Jahangir yang atas perintah Hadhrat Mujaddid, Maharaja telah melantik sebuah suruhanjaya untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Islam. Suruhanjaya ini terdiri daripada Para 'Ulama yang terpelajar pada masa itu. Oleh itu, ini telah mengurangkan pengaruh dan campur tangan para pegawai yang bukan Islam dalam masalah dalaman negeri terutama yang berkaitan dengan perundangan Islam dan lain-lain undang-undang suci. Ini membantu pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam dan Islam sebagai agama yang berkembang maju, jauh dan luas sehinggalah pada masa Maharaja Aurangzeb Alamgiri (w. 1068-1658 H/1118-1706 M), usaha oleh Hadhrat Mujaddid dan putera-puteranya telah sampai ke kemuncak kejayaan mereka.



Maharaja Alamgir sendiri adalah pengikut Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum (w. 1079 H/1668 M) yang merupakan putera lelaki Shaykh Ahmad Sirhindi dan juga telah menerima bimbingan keruhanian dan hidayah dari Hadhrat Khwajah Saifuddin iaitu putera Khwajah Ma'sum. Tidak dinafikan dinasti Mujaddid telah meninggalkan kesan yang kekal pada Empayar Mughal dan pada proses pemikiran 'Ulama Intelek dan Agama Islam. Ia turut membawa revolusi besar dalam pola keruhanian dan pemikiran terhadap penubuhan negara Islam.



Setelah kebangkitan dan misi pemulihan akhlak ini dicapai, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Maharaja Jahangir (1033/1624) dan kembali ke Sirhind. Beliau menjalani kehidupan beru'zlah dan berkhalwat seorang diri dalam mengingati Allah yang mana telah memakan saki-baki kehidupan bertuah beliau serta sentiasa mendoakan perpaduan dan pembangunan berterusan Ummat Islam yang mempunyai banyak lagi laluan yang lebih kompleks lagi sukar di masa hadapan dan berhadapan dengan kesusahan untuk perjuangan Islam dan kelangsungan hidup sendiri khasnyadi tanah yang penuh dengan ketidaktentuan iaitu di benua kecil India.



Beliau telah meninggalkan dunia yang fana ini pada 28 Safar 1034 H/1624 M. Beliau meneguhkan Silsilah Mujaddidiyah menerusi dua orang putera beliau yang cemerlang iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Sa'id (w. 1070 H/1660 M) dan Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum yang merupakan suatu penghormatan
bagi mereka dan dengan kedudukan berada di bawah naungan pemerintah pada masa itu yang dianggap sebagai penghormatan dan keistimewaan yang besar.



Keajaiban karangan beliau, Maktubat terkenal mengandungi tiga jilid dan merupakan suatu khazanah yang tidak ternilai tentang kesedaran dan kebijaksanaan, yang mana terus menumpahkan limpahan cahaya Ilahi daripada Hadhrat Khwajah Baqi Billah telah terus terpelihara. Cahaya ini telah sampai jauh dan tersebar luas menerangi segenap sudut secara umum dan sudut khusus bagi penyebarannya yang tersendiri.

Khamis, 22 September 2011

Hadhrat Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih






Hadhrat Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih

Nisbat Batin beliau adalah daripada Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah 'Alaih. Beliau dilahirkan pada tahun 1158 Hijrah di sebuah tempat bernama Patiala dalam negeri Punjab, India. Nisbat keturunan beliau bertemu dengan Hadhrat Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah. Ayahandanya bernama Hadhrat Shah 'Abdul Latif Rahmatullah 'Alaih merupakan seorang yang kuat berzikir dan bermujahadah lagi Salih, telah berbai'ah dengan Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu dan hal keadaannya sering pergi ke dalam hutan untuk melakukan Zikir Jihri.

Sebelum kelahirannya, ayahnya telah bermimpi bertemu dengan Hadhrat Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah yang telah berkata kepadanya bahawa putera lelaki yang bakal dilahirkan nanti hendaklah diberikan nama 'Ali. Maka, setelah kelahirannya beliau diberikan nama sebagai 'Ali namun setelah beliau mencapai usia baligh, beliau telah menamakan dirinya sebagai Ghulam 'Ali yang bererti hamba kepada Hadhrat Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah sebagai menghormatinya. Begitu juga dengan ibunya yang turut bermimpi bertemu dengan seorang yang Salih ketika saat kelahirannya dan orang Salih tersebut telah berkata kepada ibunya supaya menamakan puteranya dengan nama 'Abdul Qadir. Kemungkinan besar orang Salih tersebut adalah Ruhaniah Hadhrat Ghauts A'zam Mahbub Subhani Syaikh 'Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah 'Alaih. Datuk beliau juga adalah seorang lelaki Salih yang mulia telah dapat menghafal Al-Quran dalam masa sebulan, telah bermimpi bertemu dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya memerintahkan agar cucunya diberikan nama sebagai 'Abdullah.

Ayahanda beliau Hadhrat Shah 'Abdul Latif Rahmatullah 'Alaih telah sering pergi ke Delhi kerana Syeikh Murshidnya menetap di sana. Syeikh Murshidnya Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu dikatakan pernah bersuhbah dengan Hadhrat Khidir 'Alaihissalam. Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu telah menyuruh Hadhrat Shah 'Abdul Latif Rahmatullah 'Alaih membawa puteranya Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih untuk datang mengambil Bai'ah. Walau bagaimanapun, beliau tidak berpeluang untuk berbai'ah dan mengambil limpahan Faidhz dari Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu kerana ketika beliau tiba di Delhi, Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu sudahpun meninggal dunia.

Ayahandanya telah berkata kepadanya,
"Daku membawa dikau ke mari untuk berbai'ah dengan Murshidku sebagai menurut arahannya tetapi tiada Taqdir tersebut bagimu. Sekarang, ke mana sahaja tempat yang dapat mententeramkan hatimu, kamu pergilah untuk berbai'ah dengannya."

Pada tahun 1180 Hijrah, ketika berusia 21 tahun, beliau telah berpeluang hadir berkhidmat kepada Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih dan telah memohon untuk berbai'ah padanya. Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih telah berkata kepadanya,
"Di mana tempat yang kamu dapat merasakan Zauq dan Shauq, maka kamu pergi ambillah Bai'ah di sana kerana di sini hanya terdapat acar batu tanpa sebarang garam."

Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Hamba akur di sini."

Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih telah membai'ahkan beliau dalam Silsilah Tariqat Qadiriyah dan telah mentalqinkan beliau dengan amalan Tariqat Mujaddidiyah. Beliau telah menghadiri Halqah Zikir dan Muraqabah serta berkhidmat dengan Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih selama lima belas tahun dan telah dikurniakan Ijazat Mutlaqah dengan perkhabaran baik Dhzimniyyat iaitu martabat jaminan kesanggupan pengandungan dari Murshidnya.

Kata beliau,
"Pada awal-awalnya daku teragak-agak bahawa jika daku berikhtiar memilih Syughul amalan Tariqah Naqshbandiyah, mungkinkah ianya tidak akan membangkitkan kemarahan Hadhrat Ghauts A'zam Rahmatullah 'Alaih? Pada malam itu daku telah melihat dalam mimpi bahawa pada suatu kedudukan kelihatan Hadhrat Ghauts A'zam Rahmatullah 'Alaih dan di hadapannya terdapat sebuah lagi kedudukan yang di sana kelihatan Hadhrat Khwajah Shah Naqshband tiba menambahkan keserian. Hatiku telah berkeinginan untuk hadir berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah Shah Naqshband Rahmatullah 'Alaih. Hadhrat Ghauts A'zam Rahmatullah 'Alaih lantas berkata,
"Maksud adalah Allah, pergilah kerana tiada sebarang kesempitan."

Setelah peristiwa itu, beliau telah memulakan penyebaran Tariqah Naqshbandiyah sehingga kadar limpahan Faidhznya tersebar ke seluruh pelosok meskipun ketika masih hayat beliau yang mana, mungkin tiada seorang Syeikh pun yang dapat menandingi kewibawaannya pada masa itu. Para Khalifah beliau telah sampai ke seluruh pelosok Hindustan, Kabul, Balkh, Bukhara, 'Arab, Rom dan banyak lagi di serata Asia dan mengembangkan Tariqah Naqshbandiyah.

Hadhrat Maulana Ghulam Muhyiuddin Qusuri Rahmatullah 'Alaih dalam Malfuzatnya telah berkata bahawa pada suatu hari dia telah hadir sesudah waktu 'Asar ketika mana Hadhrat Shah 'Abdullah Sahib Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Alhamdulillah, limpahan Faidhz kami sudah sampai ke tempat yang jauh-jauh, di Makkah Mukarramah ada Halqah kami yang sedang duduk, di Madinah Munawwarah ada Halqah kami yang sedang duduk, di Baghdad Sharif, di Rom dan di Barat Halqah kami sedang berjalan," dan sambil tersenyum beliau berkata, "Bukhara adalah rumah bapa kami."

Sebahagian orang hadir kepada beliau menerusi perintah hukum daripada Hadhrat Sayyidul Anbiya Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wa 'Ala Aalihi Wa Ashabihi Wa Baraka Wasallam, sebahagian orang dengan perintah hukum daripada seseorang Buzurgan Masyaikh dan sebahagian orang ada yang melihat beliau sendiri dalam mimpi. Hadhrat Khwajah Maulana Khalid Baghdadi Rumi Rahmatullah 'Alaih telah menerima isyarat tersebut daripada Ruhaniah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wa 'Ala Aalihi Wa Ashabihi Wa Baraka Wasallam lalu telah berangkat dari Madinah Munawwarah menuju ke Delhi dan selama hampir sembilan bulan beliau telah hadir berkhidmat dan bersuhbat sehingga telah mendapat kurnia keizinan Ijazat dan Khilafat dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah lalu beliau kembali ke kampung halamannya di Kurdistan yang terletak dalam jajahan takluk Rom, di mana beliau telah mendapat kadar Qabuliyat penerimaan daripada masyarakat yang tiada batasan.

Sekali peristiwa beliau telah berkata,
"Sekarang daku sudah dhaif, tiada apa yang dapat daku buat. Dahulu, daku sering berada di dalam Masjid Jami' di Shah Jahanabad dan sering minum air telaganya yang payau. Setiap hari daku dapat membaca sepuluh juzuk Al-Quran Sharif dan sepuluh ribu Zikir Nafi Itsbat sehingga Nisbat menjadi sebegitu kuat yang mana seluruh Masjid dipenuhi dengan cahaya-cahaya Anwarat. Mana sahaja jalan atau lorong yang daku telah lalui juga telah turut menimbulkan cahaya Nurani. Jika daku pergi ke sesebuah Mazar Maqam perkuburan seseorang Buzurg, maka Nisbatnya akan menjadi lemah, maka sebagai munuruti jalan Tawadhu' daku menganggapnya sebagai suatu kelemahan pada diriku."

Beliau telah berkata,
"Seseorang lelaki itu hendaklah membenarkan pada dua perkara dan mengenepikan pada dua perkara iaitu membenarkan Ad-Din dan membenarkan Yaqin serta mengenepikan pergerakan tangan dan mengenepikan pergerakan kaki."

Beliau telah berkata bahawa pada suatu ketika Hadhrat Mirza Mazhar Sahib Rahmatullah 'Alaih telah diceritakan oleh seseorang berkenaan dirinya bahawa beliau berada di Khanqah ini kerana mahu menuntut Zauq dan Shauq dan Kashaf dan Karamat. Mendengarkan perkataan ini, Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Barangsiapa yang mahu menuntut tipu muslihat yang sedemikian, maka katakan kepadanya bahawa hendaklah dia beredar dari Khanqah kami dan janganlah datang kepada kami."

Apabila perkhabaran tersebut sampai pada pengetahuan Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih, maka beliau telah pergi menghadirkan dirinya ke sisi Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih dan bertanya apakah benar Syeikhnya bermaksud sedemikian? Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih lantas menjawab,
"Ya."

Kemudian Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih pun bertanya,
"Maka, sekarang apakah perintah Tuan?"

Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih lalu berkata bahawa,
"Di sini batu dicicah tanpa garam. Jika dengan tanpa perisa ini kamu sanggup terima maka tunggulah tetap di sini."

Lantas Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Tuan, diriku sanggup menerima keadaan di sini."

Pada suatu ketika Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih pernah memberikan kata-kata petunjuknya,
"Dalam Tariqah Naqshbandiyah ini tiada Mujahadah namun terdapat Wuquf Qalbi iaitu khayalan kamu hendaklah dibawakan ke arah hati dan tumpuan hati hendaklah tertuju ke arah Zat Ilahi dan Nigah Dashat iaitu bersungguh-sungguh memerhatikan lintasan-lintasan Khatrah tentang perkara yang sudah berlaku dan yang akan berlaku. Ketika hal keadaan sedemikian berlaku, maka hendaklah bertindak seperti berikut iaitu apabila berlaku Khatrah lintasan hati bahawa, pada masa dahulu bagaimanakah sesuatu pekerjaan itu boleh berlaku, maka pada waktu itu juga hendaklah dijauhkannya dari hati bahawa keseluruhan kisah jangan datang ke dalam hati, ataupun datang khayalan di dalam hati bahawa ingin pergi ke sesuatu tempat dan melakukan sesuatu pekerjaan dan ada terdapat faedah dalam pekerjaan tersebut, maka ianya juga hendaklah dihindarkan, lebih-lebih lagi sesuatu lintasan Khatrah yang bersifat Ghairullah iaitu sesuatu yang selain Allah datang melintasi hati, maka pada waktu itu juga ianya hendaklah disingkirkan."

Beliau pernah berkata,
"Ahwal keadaan Qalb pada seseorang Salik adalah terzahir seperti hujan yang sangat lebat dan apabila 'Uruj dari Latifah Qalb lalu bersiar pada Latifah Nafs maka penzahirannya adalah seperti hujan nipis yang mempesonakan dan apabila persiaran dari Latifah Nafs meningkat kepada kadar ketinggian yang semakin tinggi, maka dia mula tidak akan mengerti tentang Nisbat yang diperolehinya. Keadaan Istihlak dan Idhzmihlal yakni perasaan binasa diri dan berasa kelemahan upaya akan sering berlaku dan Nisbat akan menjadi seperti embun."

Pada suatu ketika seorang telah bertanya kepadanya meminta serba sedikit huraian nasihat, maka beliau telah memberikan suatu huraian berkenaan sepotong ayat Al-Quran yang mulia, "Qulillahu Tsumma Dzarhum". Sebagai Tafsirnya, beliau telah menukilkan dalam tulisannya bahawa hendaklah menyerahkan urusan-urusan yang bersifat Juz-i iaitu sebahagian dan Kulli yakni keseluruhan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan fikir untuk mencari keperluan hidup dan lain-lainnya suatupun janganlah dilakukan, dan takluk perhubungan sesuatu yang selain Allah hendaklah ditinggalkan, dan untuk keseluruhan urusan hendaklah menyerahkan sepenuh pergantungan pada Allah."


Rabu, 21 September 2011

Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih






Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih (1801-1868 M)

Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih adalah seorang Syeikh Tariqah Sufiyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah pada abad yang ke-19 yang berasal dari Qandahar, Afghanistan. Beliau lahir pada tahun 1216 Hijrah bersamaan 1801 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1868 Masihi. Ayahanda beliau bernama Hadhrat Khwajah Akhund Mulla 'Ali Rahmatullah 'Alaih dan keturunan beliau memiliki takluk perhubungan dengan Yusuf Zai Darani iaitu sebuah kabilah berbangsa Afghan. Beliau telah menerima pendidikan awalnya di Qandahar dengan memulakan pengajian Al-Quran serta Tajwid dan menghafaznya. Seterusnya beliau mempelajari bahasa 'Arab, bahasa Farsi dan asas-asas Ilmu Agama dan kemudian telah menuju ke Kabul di mana terdapat ramai Para 'Alim 'Ulama. Beliau telah menerima pendidikan lanjutan di sana dalam bidang ilmu Fiqah, Hadits, Tafsir dan berbagai cabang Ilmu Shar'iyah Islam.

Beliau telah menerima Nisbat Batin dalam Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah daripada Hadhrat Khwajah Khwajagan Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih (1743-1824 M) menerusi Hadhrat Khwajah Hafiz Shah Abu Sa'id Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih dan puteranya Hadhrat Khwajah Hafiz Shah Ahmad Sa'id Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih (1802-1860 M) dan menerusinyalah  beliau telah menerima pendidikan Zahir dan Batin dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Semenjak usia muda lagi beliau sudah mencintai Para Awliya dan memiliki pegangan I'tiqad yang kuat terhadap mereka. Pernah suatu ketika beliau bersama rakan-rakan para penuntut ilmu telah pergi menziarahi seorang yang Salih bernama Hadhrat Baba Wali Rahmatullah 'Alaih. Ketika dalam perjalanan mereka telah bertemu dengan seorang Sufi Darwish Majzub yang memberikan ucapan kata-kata dan isyarat kepada semua para penuntut dan dia telah berkata kepada beliau,
"Wahai penuntut ilmu, kamu akan menjadi seorang Sahib Kamal dan Sahib Wilayat dan akan menjadi seorang Wali Kamil kerana pada dahimu terdapat rahsia-rahsia Ma'rifat."

Kalimat perkataan Sufi Darwish Majzub itu telah sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatannya sehingga tabiat keadaan beliau menjadi tenggelam dalam kegelisahan dan keresahan, lalu telah membuat keputusan meninggalkan pengajiannya di Kabul kemudian berangkat menuju ke Tanah Hijaz dan telah menetap selama beberapa tahun di sana. Setelah berpeluang melakukan ibadat Haji di Makkah Mukarramah beliau telah ke Madinah Munawwarah untuk menziarahi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam di pusaranya. Beliau juga telah berkesempatan menuntut ilmu daripada beberapa Masyaikh ketika berada di Madinah.

Pada suatu malam, telah timbul keinginan di dalam hatinya untuk menziarahi dan bertemu dengan Hadhrat Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih ketika beliau sedang berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah, namun beliau belum mendapat kesempatan untuk berbai'ah dengannya. Limpahan Faidhz Hadhrat Khwajah Shah Ghulam 'Ali adalah begitu kuat hingga telah menyebabkan hal keadaan beliau menjadi keresahan dan terganggu. Beliau telah memutuskan untuk meninggalkan Tanah Haramain dan kembali ke benua Hindi dengan keghairahan yang kuat dan hal keadaannya berlaku selama berminggu-minggu. Dari sana beliau mula-mula tiba di Qandahar kemudian telah menuju ke Ghazni dan seterusnya ke Kabul sehinggalah ketika beliau tiba di Peshawar, beliau telah mendengar perkhabaran bahawa Hadhrat Khwajah Shah Ghulam 'Ali sudah meninggal dunia sebelum sempat beliau berbai'ah dan menjadi muridnya. Berita tersebut telah menambahkan keresahan di dalam hatinya lalu beliau telah kembali ke Qandahar. Kemudian beliau telah menuju ke Baghdad untuk menziarahi Maqam Hadhrat Ghauts A'zam Mahbub Subhani Syaikh 'Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah 'Alaih dan telah berada di sana selama beberapa masa, kemudian telah diberikan Taufiq untuk berkhidmat kepada Hadhrat Syeikh 'Abdullah Hirati Rahmatullah 'Alaih.

Hadhrat Syeikh 'Abdullah Hirati Rahmatullah 'Alaih menyedari tentang kaifiyat batin yang ada di dalam hati Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih lalu telah mengarahkannya untuk menghadirkan diri berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih. Sebagai menuruti arahan petunjuk tersebut, beliau telah menuju ke Delhi dan telah sempat bertemu dengan Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih yang merupakan Khalifah Hadhrat Khwajah Shah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih sewaktu berada di Bombai sedang bersiap-siap untuk melakukan perjalanan Safar menuju ke Tanah Hijaz bagi mengerjakan ibadat Haji. Beliau sempat berbai'ah dengannya sebelum keberangkatannya ke Makkah.

Meskipun beliau pernah menziarahi dan telah bertemu dengan ramai Para Masyaikh Tariqat, namun setelah hadir bertemu dengan Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih, beliau dapat merasakan limpahan Faidhznya lalu telah memohon berbai'ah dengannya. Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih telah menyerahkan beliau kepada puteranya yang juga Khalifahnya iaitu Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih supaya dia memberikan asuhan Tariqat kepada Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih.

Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih telah berkata kepada beliau memberikan pilihan,
"Untuk menghasilkan ketenteraman dalam hatimu hendaklah kamu berikhtiar memilih untuk bersuhbat dengan puteraku Shah Ahmad Sa'id dan hasilkanlah limpahan Faidhz daripadanya ataupun sehingga daku kembali dari Haji, kamu tunggulah di Bombai sini."

Walaubagaimanapun, beliau telah membuat keputusan memilih menuju ke Delhi untuk berkhidmat dan bersuhbat dengan Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih. Tatkala beliau tiba di Delhi dan memandang kepada Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih segala kesakitan dan semua keresahannya telah menjadi semakin terubat. Setelah selama setahun dua bulan lima hari berkhidmat dan bersuhbat dengan Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih di Khanqah, beliau telah menerima Sanad Ijazah dalam empat Tariqat yang masyhur iaitu Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, Qadiriyah, Chistiyah dan Suhrawardiyah serta menerima Khilafat dan menjadi Khalifah kepada Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih.

Dari kata-kata Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih berkenaan Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih,
"Faqir ini telah memberikan kepadanya Ijazat kebenaran dalam kesemua jalan Tariqat supaya jalan Hidayat akan berjalan berterusan dan supaya dapat memberikan cahaya kepada hati-hati Para Salikin. Dia adalah Naibku dan berada bersamanya adalah seolah-olah berada bersamaku."

Sebelum Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih berangkat untuk bersafar menuju ke Tanah Haramain bagi mengerjakan Haji, beliau telah menulis sebuah huraian berkenaan Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih,
"Wahai Tuhan, Dikau jadikanlah Tuan Haji Sahib ini sebagai Hadi dan Mahdi agar manusia sentiasa mendapat Hidayat daripadanya. Dalam umurnya kurniakanlah keberkatan kepadanya dalam bimbingannya, nasihatnya dan kebaikannya menerusi keagungan Jah Sayyidil Mursalin Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan Rahmat Allah adalah terlimpah ke atas para hamba yang mengucapkan Amin. Wassalam."

Berbekalkan perintah dan doa daripada Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih, pada tahun 1251 Hijrah beliau telah kembali ke kampung halamannya di Qandahar, Afghanistan dan menjalankan usaha Dakwah dan menyampaikan Tabligh di sana. Setelah berlaku peristiwa pembunuhan Shah Shuja, seorang pemerintah Afghanistan yang merupakan sekutu kuat British pada tahun 1842, beliau telah dipaksa keluar dari negara Afghanistan. Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih telah menasihatinya agar menempatkan kedudukan dirinya di suatu tempat yang mana para penduduknya dapat berbicara dengan bahasa Pashto dan Punjabi. Sebagai menurut panduan nasihat daripada Syeikhnya, maka pada tahun 1266 Hijrah beliau telah berpindah di sebuah perkampungan yang bernama Musa Zai Sharif berdekatan dengan daerah Dera Ismail Khan di Pakistan di mana beliau telah memulakan pengembangan ajaran Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehinggalah ke akhir hayat beliau serta dimakamkan di sana. Dengan bantuan Hadhrat Qadhi 'Abdul Ghaffar Rahmatullah 'Alaih dan beberapa Ahli Zikir yang lain, mereka telah sama-sama membina sebuah Khanqah di Musa Zai Sharif.

Ketika beliau memasuki usia 68 tahun, keadaan kesihatannya sering terganggu lalu beliau telah melantik Hadhrat Khwajah Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'Alaih sebagai Khalifahnya dan telah mengurniakannya dengan Ijazah kebenaran yang tiada terbatas untuk mengajar Tariqah Silsilah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Ma'sumiyah Mazhariyah dan Tariqah Silsilah Qadiriyah, Chistiyah, Suhrawardiyah, Kubrawiyah, Shattariyah, Madariyah, Qalandariyah dan beberapa silsilah Tariqat yang lain. Beliau juga telah mempusakakan kepada Hadhrat Khwajah Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'Alaih semua perbendaharan Khanqahnya termasuk di Musa Zai Sharif, perpustakaan dan harta yang mana keputusan tersebut telah diterima dengan rela hati oleh sekelian Para Khalifahnya.

Hadhrat Khwajah Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa Murshidnya Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih pernah berkata,
"Apabila daku menghadapi sesuatu kesulitan, maka Hadhrat Khwajah Khidhr akan hadir padaku untuk memberikan mesyuaratnya dan menenangkan diriku."

Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih meninggalkan dunia ini pada 22 Syawal 1284 Hijrah bersamaan 17 Febuari 1868 Masihi dan telah dikebumikan di perkarangan Khanqah Ahmadiyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, Musa Zai Sharif, Dera Ismail Khan, Pakistan yang sehingga kini masih menerima kunjungan para penziarah dari kalangan orang Khawas dan 'Awam.

Antara ungkapan hikmahnya,
"Kamu mendengar perkataanku, dengarkan juga bahawa terdapat perkataan yang selain dariku. Ianya bukan bermaksud untuk pendengaran telinga jasmani kerana kamu hanya melihat daku dan kamu berfikir bahawa tiada amalan Tasawwuf yang berjauhan dariku. Kamu berada di sini untuk belajar, bukannya untuk mengumpulkan maklumat sejarah."

Rabu, 14 September 2011

Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih





Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih Dan Perkembangan Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah


Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih telah mendapat kurniaan gelaran sebagai Mujaddid Alf Tsani yang bererti 'Pembaharu Seribu Tahun Kedua' oleh Hadhrat Maulana 'Abdul Hakim Sialkoti Rahmatullah 'Alaih yang meninggal dunia pada tahun 1657 Masihi bersamaan 1067 Hijrah. Pengaruh Hadhrat Mujaddid Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih yang telah berkembang dalam kalangan Ummat Islam di seluruh Asia Tengah oleh Para Khalifah dan keturunan beliau sehingga tersebar ke seluruh pelosok Timur dan Barat adalah penyaksian dan bukti tentang ketinggian kedudukan martabat beliau sebagai seorang Mujaddid Islam. Beliau telah berjaya mengislamkan ramai penduduk di India dan telah melakukan pembaharuan dalam pemerkasaan amalan-amalan Agama dan 'Aqidah berpuluh ribu Ummat Islam. Para Masyaikh dan Para 'Ulama yang datang sesudahnya juga turut melaungkan fikrah dan aliran pandangan beliau.

Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih sebagai seorang Syeikh Murshid yang membimbing jalan keruhanian adalah Syeikh Sufi Naqshbandiyah pertama yang telah memperkenalkan serta menyebarkan perjalanan Suluk Tariqah Mujaddidiyah di Asia Tengah dan seterusnya telah diperkembangkan lagi penyebarannya oleh putera beliau iaitu Hadhrat Qayyum Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'Alaih. Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih telah menerangkan dengan perkataannya tentang kelebihan dan tahap pencapaian martabat ketinggian ruhani yang telah dicapai oleh Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'Alaih semasa hayat beliau.

Menurut keterangan dari Para Masyaikh Mujaddidiyah, sesudah kewafatan Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih, hampir limapuluh ribu orang termasuk dua ribu orang Khalifahnya telah berbai'ah dengan puteranya, Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'Alaih. Dari kalangan Para Khalifah Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih, ada yang datang dari jauh seperti Mawarannahr atau dikenali sebagai Transoxiana, Khurasan dan Badakhshan untuk memperbaharukan Bai'ah. Meskipun setelah Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'Alaih menggantikan ayahanda beliau Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih sebagai Murshid Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, beliau tetap menjadikan contoh tauladan dan pengamalan daripada ayahandanya sebagai panduan dalam setiap urusan kehidupannya sehari-hari. Himpunan surat-surat beliau dikenali sebagai Maktubat Ma'sumiyah telah diterbitkan dalam tiga jilid yang mengandungi 652 surat sebagai mencontohi himpunan surat-surat ayahandanya yang dikenali sebagai Maktubat Imam Rabbani.

Para Masyaikh Tariqah Mujaddidiyah telah menjadikan kemuliaan Syari'at Agama Islam seperti yang amalkan oleh Ummat Islam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah sebagai arah panduan dan telah menyibukkan diri mereka dengan segala kegiatan Syari'at Islam dan sentiasa memperingatkan kepada para pengikut mereka agar menjadikan Hadits-hadits Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai sumber panduan disamping beramal dengan amalan Sunnah Baginda.

Rabu, 13 Julai 2011

Fasal Keenam: Ar-Rahman Ar-Rahim - Futuhat An-Najahah


FASAL KEENAM:
AR-RAHMAN AR-RAHIM (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ)


Kalimah "Ar-Rahman" (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) bererti Yang Maha Pemurah dan merupakan salah satu Nama Allah yang memberikan pengertian bahawa Allah Ta'ala melimpahkan kurniaanNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. "Ar-Rahim" (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) bererti Yang Maha Penyayang dan memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah (ﺭﺣﻤﺔ) yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan RahmatNya kepada sekelian makhluk yang dikasihiNya.

Hadhrat Sayyidina 'Ali Bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu telah berkata,
"Ar-Rahman Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah dua buah Nama Allah yang halus pengertiannya, satu daripadanya adalah lebih halus dari yang berikutnya. Menerusi kedua-dua buah Nama ini Allah Ta'ala telah menafikan sifat putus asa dari hamba-hambaNya yang beriman."

Daripada Hadhrat Ja'afar Bin Muhammad Radhiyallahu 'Anhu dinyatakan sebagai telah berkata berkenaan Ar-Rahman Ar-Rahim (الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) bahawa, ianya adalah apa yang berlaku ke atas Para Muridin yakni orang yang berkehendak dan Para Muradin yakni orang yang dikehendaki. Maka, Nama Ar-Rahman (الرَّحْمٰنِ) adalah bagi Para Muradin agar mereka tenggelam dalam cahaya-cahaya sekelian Haqiqat dan Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) pula adalah bagi Para Muridin agar mereka terus kekal dengan diri mereka dan kesibukan mereka secara zahir.

Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Dan Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah Nama yang padanya terkandung khasiat dari huruf yang tersembunyi di antara huruf Alif (ﺍ) dan juga huruf Lam (ﻝ). Dan Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah Yang Melanjutkan ke atas hamba-hambaNya dengan kurniaan rezeki pada sekelian cabangan dan permulaan pada asalnya adalah Rahmat kerana telah mendahului IlmuNya sedia ada."

Menurut Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih, Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah Yang Maha Melimpahkan Kekurniaan terhadap sekelian kewujudan dan Yang Maha Sempurna atas segala sesuatu secara keseluruhan berdasarkan Hikmah kebijaksanaan yang telah ditentukanNya dan memiliki kemampuan untuk menentukan sebarang permulaan. Dan Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah limpahan kekurniaan bagi kesempurnaan yang bersifat Maknawi yang dikhususkan bagi kalangan Insaniah menurut pencapaian mereka ke martabat yang tertinggi dalam kehidupan Akhirat.

Hadhrat Al-Firuz Abadi Rahmatullah 'Alaih menyatakan di dalam kitab Tafsirnya bahawa Ar-Rahman (ٱلرَّحْمـٰنِ) bermaksud Ar-Raqiq Min Ar-Riqqah (الرقيق من الرقة) yakni Yang Maha Lemah Lembut daripada KehalusanNya dan merupakan sifat Ar-Rahmah (الرحمة) yang bererti belas kasihan dari sisiNya manakala Ar-Rahim (ٱلرَّحِيمِ) pula bermaksud Ar-Rafiq (الرفيق) yang bererti teman, sahabat, rakan ataupun kawan.

Dengan Nama Ar-Rahman (الرحمن), terbitlah sekelian kemuliaan bagi orang-orang Mukminin seperti keimanan, ketaatan, kewalian, menjaukan diri dari perbuatan dosa, segala kekurniaan dan segala kenikmatan yang berterusan. Tiada seorang pun daripada kalangan makhluk yang berhak menggunakan Nama ini kerana makhluk adalah bersifat kelemahan dan kekurangan pada menganugerahkan sesuatu kepada seseorang secara berterusan dan berkekalan.

Sesungguhnya Rahmat kasih-sayang Allah terhadap Para Muridin yang benar-benar berkehendakkan RahmatNya, maka Allah akan mengasingkan mereka dari penumpuan yang selain dari Ar-Rahman (الرحمن) dan tatkala RahmatNya tersebar secara umum pada masa kini ke atas seseorang Wali dan para musuhNya dalam urusan penghidupan mereka dan sentiasa mengurniakan rezeki kepada mereka. Dan dikatakan bahawa pada Nama Ar-Rahman (الرحمن) mengandungi pengertian kemanisan pengurniaan dan Musyahadah penyaksian dalam Qurbah pendekatan dan sentiasa memelihara tanggung-jawab melaksanakan tugas khidmat.

Ada dari kalangan Mufassirin yang menyatakan bahawa sesungguhnya Para Muhibbin (المحبين) yang mencintai Allah sentiasa memperolehi nikmat dengan segala rahasia mereka dalam melakukan Riyadhah latihan menghayati pengertian makna Ar-Rahman (الرحمن). Maka terhasillah darinya segala buah-buahan kecintaan dan mereka meminum air Al-Qurbah (القربة) daripadanya. Mereka juga memperolehi nikmat daripada tebing sungai Al-Quds (القدس) dan mereka kembali daripadanya dengan penglihatan terhadap segala anugerah kekurniaan dan kenikmatan.

Bagi Para Khaifun (الخائفون) yakni mereka yang takut terhadap Allah, akan merasakan kelazatan di dalam hati mereka dalam menghayati pengertian makna Ar-Rahman (الرحمن) dan mereka akan berasa pertambahan kemanisan ketenangan dan kedamaian.

Bagi Para Taibun (التائبون) iaitu orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah akan berjalan dengan segala rahsia mereka dalam menghayati pengertian makna NamaNya Ar-Rahman (الرحمن) lalu mereka kembali daripada pengertian makna tersebut dengan penyucian rahsia dan kesucian hati.

Bagi Para 'Asun (العاصون) iaitu orang-orang yang melakukan dosa-dosa akan berjalan di atas medan penghayatan pengertian makna daripada NamaNya iaitu Ar-Rahman (الرحمن) lalu mereka kembali daripadanya dengan penyesalan dan Istighfar memohon keampunan.

Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) bermaksud kasih-sayang Allah terhadap Para AwliyaNya. Dengan Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ), Dia telah mentakrifkan DiriNya terhadap mereka sehingga menerusi NamaNya mereka dapat mengenali sekelian Nama-NamaNya, Sifat-SifatNya, Keagungan KebesaranNya dan KeindahanNya, dan denganNyalah telah keluar segala Karamah bagi Para Abdal dan Para Siddiqin, dan denganNyalah telah mempersediakan rahsia-rahsia Maqamat bagi Para Asfiya dan para Muqarrabin, dan denganNyalah telah bertajalli cahaya-cahaya Ma'rifat bagi Para Atqiya dan Para 'Arifin, kerana Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) mengkhabarkan tentang Pencipta makhluk dan kemuliaanNya mengatasi sekelian makhluk. Pada Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) bermaksud kerehatan bagi Para Arwah orang-orang yang bertauhid dan pertambahan kegembiraan bagi Para 'Arifin dan sebagai Tarbiyah bagi Para 'Ulama.

Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah sebagai kenderaan bagi Para Salikin untuk mereka bersiar ke arah khazanah keprihatinan 'InayahNya dan Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) adalah sebagai suatu tali kebenaran bagi orang-orang yang Majzub yang mana telah menarik mereka ke arah suatu loncatan untuk sampai kepadaNya. Dengan Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ), Dia telah mengamankan Para HambaNya dari siksaanNya dan dengan Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ), Dia telah mengurniakan kepada mereka ganjaran pahala.

Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah bermaksud sebagai Miftah Al-Mukasyafah (مفتاح المكاشفة) yakni anak kunci penyingkapan pandangan Mukasyafah manakala Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) adalah sebagai Mirqat Al-Musyahadah (مرقاة المشاهدة) yakni anak tangga penyaksian Musyahadah. Menerusi Nama Ar-Rahman (الرَّحْمٰنِ), Dia telah membuka bagi Para HambaNya perkara yang ghaib dan menerusi Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ), Dia telah mengurniakan keampunan dosa-dosa terhadap mereka.

Hadhrat Imam Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih telah diriwayatkan sebagai berkata bahawa Nama Ar-Rahman (الرحمن) mengisyaratkan bahawasanya tiada seseorang pun yang dapat mendekatkan diri kepadaNya melainkan dengan perlakuan Rahmaniyyat (رحمانيت) kasih-sayangNya. Dan Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) mendekatkan kepadaNya menerusi ketaatan kerana ianya melibatkan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana firmanNya dalam Surah At-Taubah ayat 128.

Ada pandangan dari sebilangan Mufassirin yang mengatakan pengertian makna Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) dalam Al-Basmalah adalah bermaksud bahawa dengan Sifat Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) Allah Ta'ala, Dia telah menghubungkan kamu dengan Zat Allah (الله) dan Sifat Ar-Rahman (الرحمن). Limpahan Sifat Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) ini telah mengutuskan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada ummat manusia sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 128,

Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan ke atas kamu yang amat belas-kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin. [At-Taubah: 128]

Maknanya ketikamana seseorang sedang mengucapkan kalimah Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم), adalah bahawasanya dengan sifat kerahiman dan kasih-sayang Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah memperhubungkan diri seseorang dengan pengucapan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم).

Ar-Rahim (الرحيم) adalah Dia yang sanggup menerima keadaan Para HambaNya meskipun dengan segala keaiban diri mereka tatkala mereka sedang berdiri menghadapNya dan Dialah yang sentiasa memelihara hamba-hambaNya dengan pemeliharaan yang sempurna dan segera meskipun mereka sedang berpaling dariNya kerana SifatNya Yang Maha Kaya daripada mereka meskipun mereka menghadapNya atau membelakangiNya.

Sesungguhnya pengertian makna Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) adalah apa yang terbit daripada Rahmat Kasih-Sayang Allah Ta'ala untuk penghidupan sekelian makhluk dan pemulihan tubuh badan mereka. Maka tiada terhalang untuk menamakan ZatNya dengan Sifat Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ).

Menurut Hadhrat Ibnu 'Ata Rahmatullah 'Alaih pada menerangkan makna Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) telah berkata bahawa ianya bermaksud 'Aunuhu (ﻋﻮﻧﻪ) yakni BantuanNya dan Nusratuhu (ﻧﺼﺮﺗﻪ) yakni PertolonganNya. PadaNya terdapat kesucian bagi Para Pencinta yang mencintaiNya, kesukaan bagi Para Syaiqin yang Shauq kepadaNya, keamanan bagi Para Pendosa yang bertaubat dan tempat pengharapan bagi Para Khaifin yang Khauf serta takut kepadaNya.

Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) merupakan hembusan yang khas bagi Ahli Khas, sebagai sandaran bagi orang-orang yang memperolehi rahsia dan merupakan kegembiraan bagi Ahli Qurbah yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Nama Ar-Rahim (الرحيم) mengandungi pengertian Mawaddah (مودّة) dan Mahabbah (محبّة) yakni cinta dan kasih-sayang Allah Ta'ala.